top of page
Search
Writer's pictureChe Aidil Erfan

Ulasan Marhaen Debat Perdana DS Anwar Ibrahim - DS Najib Razak

Updated: May 13, 2022


Sumber Gambar: Malay Mail


Apa yang boleh saya rumuskan daripada Debat Perdana DS Anwar dan DS Najib pada 12 Mei 2022 di MATIC, ianya merupakan pertembungan dua approach yang diambil dalam menyelesaikan masalah. Merawat atau mencegah.


Dari sudut pandang hujah yang diberikan oleh DS Najib, pointnya saya lebih suka dan sedap didengar kerana "approach" DS Najib adalah "problem solver", bagi solution terus menyelesaikan masalah (Merawat). Misalnya seperti mencadangkan Petronas ambil alih Sapura Energy untuk uruskan hutang Sapura, dengan merujuk model relatif yang berlaku di USA, bukan sekadar semata-mata Kerajaan "Bailout" dan bagi duit untuk langsaikan hutang. Tetapi point ini agak bermasalah kerana sumber yang dimiliki Petronas itu patutnya digunakan untuk bangunkan negara, bukan disalurkan dan dilengahkan dengan bantu orang lain which dalam sejarah negara kita, tak pernah ada yang berjaya sustain (refer tweet Jalil Rasheed).


Apa yang saya suka dengan DS Najib, dia punya vision untuk projek-projek mega yang menguntungkan rakyat, mcm ECRL, MRT dan lain-lain (business drive economy). Saya suka sebab saya antara golongan yang menerima impak hasil pembangunan projek-projek seperti ini. Apabila ada projek-projek mega ini, sudah semestinya akan memacu penjanaan ekonomi. Itulah sebab DS Najib bagi analogi "Kek" yang besar dan akhrinya dibagikan semula kepada rakyat.


Dari sudut pandang hujah yang diberikan oleh DS Anwar Ibrahim, approachnya lebih kepada "back to basic" or "settle the fundamental problem first" (Mencegah). Apa yang cuba disampaikan beliau ialah betulkan dahulu asas supaya tidak berulang sepeti apa yang berlaku dalam kes Perwaja dan lain-lain. Pointnya lebih pentingkan "Good Governance" dan tidak hanya berharap kepada kerajaan untuk bailout apabila berlaku perkara seperti ini dengan mudah. Lakukan Forensik Audit serta kenakan tindakan kepada mereka yang menjadi punca kepada masalah dalam Sapura Energy. Namun DS Anwar tidak memberi solusi alternatif dan hujahnya tidak berkembang semasa pusingan pertama, hanya fokus kepada Forensik Audit. Impliedly, DS Anwar setuju sahaja untuk kerajaan bailout, tetapi sebelum bailout perlu ada forensik audit supaya tidak berulang.


Tetapi akibat tiada alternatif lain yang ditawarkan dan hujah tidak berkembang, ini telah menyebabkan segelintir netizen di Twitter menghukum Anwar kalah dalam pusingan pertama dan kata Anwar hanya ratib forensik audit sahaja.


Namun, dipusingan berikutnya, nampak DS Anwar boleh patahkan hujah DS Najib kerana prinsip "back to the root". Misalnya boleh nak besarkan "Kek", tetapi jangan bagi sorang je makan (elit politik). Kena pastikan agihan sama rata kepada semua rakyat. DS Anwar tidak menolak idea Najib tetapi apa yang penting semua kena buat dengan integriti dan good governance. Selain tu, DS Anwar berhujah boleh sahaja nak buat MRT dan projek-projek mega yang lain tetapi janganlah mark up kos berbillion-billion dan tiada langkah penjimatan.


DS Anwar lebih fokus kepada selesaikan isu asas rakyat dahulu seperti isu air, kos sara hidup sebelum nak buat projek-projek besar (people drive economy) .Kalau buat projek mega tetapi rakyat masih terbeban dengan kos sara hidup, takde gunanya juga.


Ini juga apa yang saya belajar dalam kelas Pak Iqbal di UIA yang mana bila jadi kerajaan, untuk kekalkan kepercayaan rakyat, perlu selesaikan dahulu isu asas rakyat, bukan terus buat perkara-perkara besar. Teknik inilah yang parti AKP guna sehingga boleh terus bertahan memerintah Turki sehingga tiada tentangan yang kuat apabila Erdogan mula membuat dasar Islamisasi yang bercanggah dengan ideologi Kemalis, kerana beliau berjaya memenangi hati rakyat dengan selesaikan masalah-masalah asas pada awal-awal pemerintahan mereka.


Sesungguhnya, hujah-hujah yang diberikan oleh kedua-dua tokoh ini perlu melengkapi antara satu sama lain dan bergerak seiring. Perlu ada projek pembangunan mega untuk jana ekonomi negara dan beri manfaat kepada rakyat, disulam dengan Good Governance dan dilaksanakan dengan telus serta penuh berintegriti. Good Governance amat penting dan ini yang ditekankan oleh DS Anwar, bukan hanya semata-mata pembangunan tampak tetapi tiada pengurusan telus.


Apa yang menarik perhatian saya dalam pusingan Q&A antara DS Najib dan DS Anwar ialah apabila DS Anwar menjawab soalan DS Najib berkaitan selective prosecution dimana Anwar mencabar Kerajaan sekarang yang dipimpin UMNO untuk buka balik kes-kes yang dikatakan "Selective Prosecution" semasa pemerintahan PH. Ini sendiri menunjukkan parti-parti Kerajaan retorik menuduh PH buat selective prosecution, tetapi apabila sudah mendapat jawatan dan berkuasa, mereka senyap dan tidak mengambil seberang tindakan untuk membuka kes-kes tersebut.


Dari sudut teknikal, DS Najib lebih bagus kerana berucap dalam masa yang ditetapkan. DS Anwar pula berucap lebih masa which menjejaskan performancenya. Gaya berhujah DS Najib sangat tenang berbanding gaya berhujah DS Anwar yang asyik berkerut.


Kesimpulannya, approach DS Najib adalah "business drive economy" manakala DS Anwar "people drive economy". Dalam isu Sapura Energy, DS Najib fokus kepada solutions, DS Anwar pula fokus kepada back to root/basis of the problem. DS Najib Merawat. DS Anwar mencegah. DS Najib seorang yang Idealist. DS Anwar pula seorang yang Realist. DS Najib cakap apa yang orang ramai nak dengar , DS Anwar cakap apa yang perlu dibuat.


Dalam debat ini juga, dua-dua belah pihak bersetuju perlu ada kerajaan stabil, transparent, utamakan rakyat.


84 views0 comments

Comments


bottom of page