top of page
Search
Writer's pictureChe Aidil Erfan

10 SENARAI TINDAKAN U-TURN KERAJAAN 2020


1. Isu Pengeluaran Akaun 1 KWSP

- 30 Oktober 2020: Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran wang Akaun Satu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi digunakan rakyat yang berdepan pandemik Covid-19. "Jika kerajaan benarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan KWSP yang masih berbaki, saudara akan hadapi masalah yang lebih besar di masa hadapan," katanya


- 6 November 2020: Dalam pembentangan Belanjawan 2021, Kerajaan meluluskan pengeluaran simpanan Akaun 1 KWSP sebanyak RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan dan dijangka meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli terjejas


- 16 November 2020: Selepas ditekan oleh banyak pihak, KWSP mengumumkan perincian dan membolehkan 2 Juta Ahli mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100 Akaun 1.


2. Isu Kuarantin selepas pulang dari Sabah

- 12 September 2020: Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan khabar angin berkaitan keperluan kuarantin wajib kepada rakyat Malaysia dari Sabah pulang ke Semenanjung dan Sarawak selepas bertugas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Beliau mengatakan Individu yang pulang ke Semenanjung atau Sarawak dari Sabah tidak akan dikuarantin.


- 26 September 2020: Selepas kes COVID 19 menunjukkan peningkatan di Semenanjung, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat keperluan untuk melaksanakan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan Covid-19 ke atas individu dengan sejarah perjalanan dari Sabah bagi memantau risiko penularan jangkitan dalam kalangan individu berkenaan. Sehubungan dengan itu, : Semua individu yang pulang dari Sabah akan menjalani saringan kesihatan Covid-19 di Pintu Masuk Antarabangsa bermula 27 September 2020.


3. Isu kebenaran membuka bazar Ramadan ketika PKP

- 31 Mar 2020: Tan Sri Annuar Musa ingin meneruskan pembukaan Bazaar Ramadan di Wilayah Persekutuan Ketika tempoh PKP walaupun terdapat beberapa negeri lain membatalkannya. Menurut beliau, pengurusan bazar Ramadan perlu diubah suai tanpa membatalkannya memandangkan ia merupakan keperluan terutamanya bagi mereka yang tinggal di bandar.


"Saya tidak mahu oleh kerana Singapura atau pihak-pihak lain mengumumkan tiada bazar (Ramadan) pada tahun ini maka kita pun cakap tidak ada," kata Tan Sri Annuar Musa yang dipetik Bernama.


- 8 April 2020: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, mengesahkan Pembukaan bazar Ramadan sekitar Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, pada tahun ini dibatalkan, susulan pandemik coronavirus (COVID-19). Kementerian Wilayah Persekutuan juga memutuskan untuk mengembalikan yuran milik 2,673 peniaga yang sudah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam bazar Ramadan tahun 2020.


4. Isu kedai gunting rambut

- 10 April 2020: Kerajaan mengumumkan pelonggaran sembilan industri untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP, termasuk perkhidmatan gunting rambut


- 13 April 2020: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memutuskan kedai gunting rambut, salun kecantikan dan kedai cermin mata di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pakar, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat.


5. Isu Moratorium

- 25 Mac 2020: BNM mengumumkan langkah penangguhan bayaran balik pinjaman isi rumah dan PKS terjejas COVID-19 selama tempoh enam bulan mulai 1 April 2020. Kerana kurang penjelasan mengenai moratorium ini, masyarakat beranggapan moratorium selama 6 bulan ini juga tidak akan mengambil kira faedah teakru sepanjang tempoh berkenaan dan tiada caj tambahan.


- 30 April 2020: Selepas sebulan perlaksanaan moratorium, Bank Negara Malaysia mengeluarkan maklumat terperinci mengenai moratorium ynag telah menyebabkan orang ramai kecewa dan berasa marah. Maklumat itu mengandungi jadual pembayaran balik semakan dan apa-apa perubahan terhadap jumlah pembayaran, yang meliputi jumlah kadar faedah atau keuntungan biasa yang terakru sepanjang tempoh moratorium. BNM bagaimana pun menafikan mereka membuat pusingan U.


- 2 Mei 2020: Kerajaan Perikatan Nasional membuat U-turn semula hari ini ekoran berterusan mendapat kecaman daripada rakyat berhubung faedah enam bulan moratorium yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) semalam.


Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menggesa semua institusi kewangan khususnya yang terlibat dalam moratorium ini untuk mempertimbangkan supaya faedah terakru (pinjaman sewa beli) atau keuntungan (pembiayaan Islam kadar tetap) dilupuskan sewaktu 6 bulan moratorium.


6. Isu Lesen Media Sosial

- 23 Julai 2020: Sewaktu sesi soal jawab dalam Parlimen, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata Penerbit filem wajib memohon Lesen Pengeluaran Filem dan Surat Perakuan Penggambaran (SPP), sama ada mereka adalah agensi media arus perdana atau media individu (personal media) yang menerbitkan filem di platform media sosial atau saluran tradisi


Menjawab soalan tambahan Shu Qi mengenai tafsiran filem di bawah akta yang diperuntukkan dan sama ada ia merangkumi semua filem serta dokumentari termasuk melalui aplikasi TikTok dan IGTV, Saifuddin menjelaskan, tafsiran filem di bawah Seksyen 2, Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Pindaan 2013) menyatakan filem termasuk filem cerita pendek, subjek ringkas, 'trailer', dokumentari, filem kecil iklan dan apa-apa rakaman pada apa-apa jenis bahan termasuk pita video dan ceper video berupa arca bergerak, sama ada disertai dengan bunyi atau tidak untuk dilihat oleh orang ramai atau mana-mana golongan ramai.


- 24 Julai 2020: Selepas mendapat kencaman daripada orang ramai, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, mana-mana pengguna media sosial bebas menggunakan platform seperti TikTok dan YouTube untuk memuat naik video tanpa perlu memohon lesen atau bimbang didakwa FINAS.


Kabinet juga bersetuju untuk meminda Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244) dengan mengambil kira situasi semasa.


- 9 Ogos 2020: Datuk Saifuddin Abdullah membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kesilapannya berhubung isu lesen media sosial FINAS.


7. Isu Harga Siling Face Mask

- 20 Mac 2020: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menaikkan harga siling pelitup muka daripada 80 sen sekeping kepada RM2 sekeping bagi mengelakkan ketidakmampuan pengusaha kilang tempatan untuk menghasilkan pelitup muka susulan pemintaan tinngi dan mengatasi kekurangan bekalan di pasaran domestik ekoran penularan wabak koronavirus (Covid-19) sekali gus membenarkan import plitup muka.


- 30 Mac 2020: Kerajaan hari ini bersetuju menurunkan harga siling bagi topeng muka kepada RM1.50 sekeping, berbanding RM2 seperti diumumkan sebelum ini. Kerajaan juga akan terus mengkaji harga siling itu dari semasa ke semasa dan mengumumkan kadar baharu sekiranya berlaku penurunan harga import topeng muka.


8. Isu Lantikan Eric Pulsen sebagai Ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM)

- 14 Jun: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah baru-baru ini mengumumkan penubuhan MPKM sebagai satu platform bagi kerajaan membincang dan mendapatkan input daripada semua pemegang taruh dalam merencanakan pendekatan dan dasar bagi isu-isu komunikasi dan multimedia MPKM dipengerusikan oleh menteri dan dianggotai 15 ahli ini turut dianggotai oleh Eric Pulsen.


Pada Mac 2015 Eric telah ditahan berhubung dua kenyataannya mengenai undang-undang hudud di Twitter dan disiasat oleh polis Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.


Eric juga pernah didakwa di Mahkamah Sesyen berhubung kenyataannya di Twitter yang mendakwa Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) menggalakkan ekstremisme.


- 16 Jun 2020: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KMM) hari ini menarik balik pelantikan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty (LFL), Eric Paulsen sebagai Ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM).


9. Isu Saringan COVID-19 untuk warga asing

- 23 Mac 2020: Dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi tengah hari ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa bayaran akan dikenakan kepada warga asing yang tampil untuk mendapatkan ujian Covid-19.


- Di sebelah petang, dalam Sidang Media Kementerian Kesihatan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah menjelaskan bahawa semua ujian untuk pengesanan Covid-19 adalah percuma, termasuk untuk warga asing.


10. Isu Keputusan Potong Elaun Masjid di Selangor

- 10 September 2020: Kerajaan PKR Negeri Selangor telah membuat keputusan untuk memotong elaun pegawai-pegawai masjid di Selangor termasuk elaun nazir, bilal dan siak daripada RM1,430 setiap masjid sebulan kepada RM880 setiap masjid sebulan.


Ini bermakna setiap nazir, bilal dan siak masjid yang sebelum ini mendapat elaun sebanyak lebih kurang RM200 sebulan seorang, kini elaun mereka dipotong separuh kepada RM100 sebulan seorang. Keputusan ini telah mengundang kritikan pelbagai pihak khususnya daripada pihak pembangkang.


- 15 September 2020: Kerajaan Selangor mengambil keputusan mengembalikan semula kadar elaun petugas dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid serta surau di seluruh negeri ini kepada kadar sedia ada

37 views0 comments

Comments


bottom of page