top of page
Search
Writer's pictureChe Aidil Erfan

Apabila Menteri Besar Kelantan Bukan Tuan Guru Nik Aziz

Updated: Apr 18, 2020


*Sumber Gambar : Utusan Malaysia Online


Tidak dapat dinafikan, hingga kini, ramai yang merindui ketokohan dan kewarakan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz,baik penyokong kerajaan atau pembangkang. Kisah kewibawaan beliau dalam mentadbir negeri Cik Siti Wan Kembang itu acap kali diulang siar dalam media soisal. Antara kisah yang paling dikagumi oleh masyarakat kita ialah tindakkan beliau yang menutup lampu ketika melakukan urusan peribadi dalam pejabat Menteri Besar kerana takut untuk menggunakan duit kerajaan negeri bagi kepentingan dirinya sendiri. Beliau amat berhati-hati dalam menggunakan setiap sen duit rakyat Amalan yang beliau praktikkan selama 20 tahun itu mungkin dapat kita jumpa 1 dalam sejuta pempimpin yang ada di dunia ini, barangkali beliau mungkin yang terakhir sekali.


Ya, barangkali tiada perubahan yang singifikan terhadap pembangunan di negeri Kelantan sepanjang 20 tahun tempoh pemerintahan beliau. Kegagalan Kerajaan Pusat dibawah pentadbiran Barisan Nasional untuk membayar royalti minyak kepada Kelantan antara faktor utama mereka tidak dapat bersaing dengan negeri-negeri yang lain dalam isu berkaitan pembangunan infrastruktur.Tambahan pula, masih ramai yang berada dalam kelompok miskin tegar di tanah itu. Kemudahan untuk rakyat di negeri itu masih lagi ketinggalan. Ini perlu kita akui.


Walaupun dianak tirikan oleh kerajaan pusat dahulu, kerajaan pimpinan Ketua Dewan Ulama PAS itu kekal untuk 23 tahun. Rakyat menyokong mereka bukan kerana materialisme tetapi kerana idealisme perjuangan politik islam dan contoh teladan yang diserlahkan oleh Tuan Guru Nik Aziz.



Almarhum Tuan Guru Nik Aziz

*Sumber Gambar: MalaysiaKini


Namun semuanya berubah selepas pemergian beliau. Antara isu sensasi yang berlaku baru-baru ini adalah isu pembelian 14 buah kereta Mercedes Benz sebagai kenderaan rasmi bagi menteri besar, timbalan menteri besar, barisan exco dan setiausaha kerajaan negeri Kelantan. Isu ini mula menyusul selepas Pakatan Harapan bercadang untuk menggantikan kenderaan rasmi Kerajaan Persekutuan dengan kereta Toyata Vellfire. Tatkala PH berhasrat untuk menukar kenderaan rasmi tersebut, PH menerima kritikan yang dasyat daripada pembangkang. Semua laman media parti pembangkang dan cybertooper mereka membuat troll terhadap isi Vellfire ini.


Antara perkara yang dikritik mereka adalah kerana penggantian kereta keluaran nasional, Proton dengan kereta luar negara, Vellfire. Kedua, dalam keadaan ekonomi rakyat yang makin terhimpit dan susah, Kerajaan boleh ada peruntukkan untuk mebeli kereta mewah ini uat kegunaan Jemaah Menteri. PAS juga tidak ketinggalan dalam mengkritik isu ini. Walau bagaimana pun, PH tidak meneruskan hasrat mereka itu untuk membeli Vellfire dan kekal dengan kenderaan rasmi yang sedia ada. Mereka akur dengandesakan rakyat. Itupun, masih ada pemimpin-pemimpin pembangkang yang jahil tetap terus menerus mempermainkan isu Vellfire ini walau pun kerajaan tidak membelinya.


Ironinya, selepas beberapa hari isu Vellfire ini hangat, Kelantan juga mahu turut serta mengikuti jejak langkah kerajaan pusat untuk menukar kenderaan rasmi mereka. Lebih menarik, mereka mengakui bahawa kerajaan negeri telah membeli 14 buah kereta Mercedes Benz. Tidak banyak laman-laman di media sosial yang mengkritik dan mengecam perbuatan ini sekencang mereka mengkritik PH dalam isu pembelian kereta Vellfire. Apatah lagi mempertahankan tindakan kerajaan negeri Kelantan itu. Pembangkang sunyi sepi dan tiada respon. Barangkali cybertroopers mereka rasa malu kerana apa yang dikritik mereka terhadap PH terkena batang hidung sendiri


Isu ini telah pun bangkit sejak zaman pemerintahan Tuan Guru Nik Aziz lagi. Namun apa yang membezakan beliau dengan pimpinan kerajaan negeri sekarang, Tuan Guru berhasrat untuk menjual semula Mercedes Benz yang dibeli selepas mendapat kritikan rakyat, Sabaliknya kini, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Haji Mohd Amar bin Abdullah dengan bongkaknya berkata”Takkan semua nak pakai Viva belaka”. Kenyataan yang tersembul dari mulut beliau ini langsung tidak mementingkan perasaan rakyat di saat ekonomi yang tidak beberapa stabil.


Dato' Haji Mohd Amar bin Abdullah

*Sumber Gambar: smasanews.com


Malah 3 hujah utama dikeluarkan oleh beliau untuk menjustifikasikan tindakkan itu. Pertama, Rasullah S.A.W juga membeli unta yang bernama Al Qaswa, unta yang paling mahal dan paling laju di Hijaz ketika zaman tersebut. Kedua, kisah Muawayiah ketika menjadi gabenor yang hidup bermewah-mewahan dalam kawasan komuniti elit dan berhampiran dengan pusat tamadun Rom dan Parsi. Alasan Muawiyah ketika itu adalah untuk menunjukkan kehebatan pemerintah islam yang mampu bersaing dengan musuh-musuh mereka. Ketiga adalah kerana faktor keselamatan. Keitga-tiga hujah ini, walaupun menggunakan “agama” untuk menghalalkan tindakkan mereka, semuanya tidak relevan dengan masa kini.


Hujah pertama Dato Amar berkaitan Rasulullah tidak boleh disamakan dengan situasi kini. Zaman Rasulullah tidak ada kenderaan bermotor, maka menjadi keperluan untuk memiliki kuda yang laju dan mahal untuk memudahkan pergerakkan Rasulullah S.A.W dari suatu ke tempat ke suatu tempat. Kini, selaju mana pun kereta kerajaan negeri Kelantan beli, had laju di jalan raya tetap 110 km/j. Malah, tiada keperluan berbelanja lebih untuk kenderaan mewah hanya semata-mata untuk bergerak ke suatu tempat. Cukup membeli kereta yang mampu bergerak dan selesa. Selangor yang merupakan negeri yang paling kaya dan berkebajikan di Malaysia pun hanya menggunakan kereta Toyota Camry sebagai kenderaan rasmi, jauh lebih murah berbanding Mercedes Benz.


Mengenai hujah kedua, Muawiyah yang hidup bermewahan-mewahan ketika itu adalah untuk bersaing dengan musuh islam. Kini, adakah kerajaan negeri Kelantan bersaing dengan musuh Islam ataupun bersaingan dengan negeri-negeri Islam yang tidak ditabdir oleh PAS? Barangkali mereka masih menganggap orang yang tidak menentang PAS adalah kafir. Mengenai hujah terakhir, sekiranya benar mereka mahu mejaga soal keselamatan, dinasihatkan agar kerajaan Negeri Kelantan membeli Textron M1117 Guardian ataupun Cougar H 4x4. Kereta Mercedes Benz tidak mampu melindungi keselamatan mereka.


Tidak cukup dengan sensasi ini, timbul pula isu berkaitan “durian runtuh” yang diterima oleh Barisan Exco Kelantan sebanyak RM 50 000. Jumlah ini jauh lebih banyak daripada bonus yang diterima oleh kakitangan awam kerajaan negeri sebanyak RM 1000 sahaja. Sedikit sebanyak kedua-dua isu ini mengguris hati para penjawat mawam dan rakyat negeri tersebut. Namun perlu ditegaskan, duit peruntukan yang digunakan dalam isu ini tiada kaitan dengan bantuan one-off berjumlah RM 400 juta yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada negeri itu pada penghujung tahun 2019.


Peruntukkan ini datangnya daripada hasil kerajaan negeri sendiri dan semestinya ia adalah hasil daripada sektor pembalakkan yang dikecam hebat di negeri itu. Seharusnya, duit hasil tersebut dirasai oleh rakyat negeri setelah sekian lama tersepit dalam kemiskinan, tetapi sebaliknya yang berlaku. Di manakah silapnya? Sebagai seorang muslim, kita perlu bersangka baik keputusan syehikul islam di negeri itu.


Pembelian kereta Mercedes dan hasil “durian runtuh” tersebut adalah hak kerajaan negeri. Tiada siapa boleh menghalang tindakan mereka itu. Mungkin mereka mahu merealisasikan kalimat keramat negeri itu-Darul Naim-Tanah Kenikmatan. Menunjukkan kekakayaan dan kenikmatan mereka lebih utama supaya tiada lagi stereotype yang menganggap negeri itu miskin, walaupun hakikatnya rakyat masih miskin.


**CHE AIDIL ERFAN merupakan Ahli Parlimen Belia Malaysia Kuala Lumpur dan aktivis belia

98 views0 comments

Comments


bottom of page